TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 70)
Kabul (IV)
Kerja saya & warga kerja Amanie hampir selesai di sana di pertengahan tahun 2015. Akhon Jan Rustaqi (dalam foto), banyak membantu kami. Beliau Pemangku Ketua Jabatan Perbankan Islam, DAB. Juga alumni UIAM. UIAM memang banyak membantu pelajar2 dari Afghanistan sejak dari era Mujahidin.
Saya teruja dengan keberanian warga kerja Amanie yang sanggup berada di Kabul yang menakutkan. Maya Marisa. Aiman Rashid. Mark Smyth. Roslan. Zikri. Zulkifli. Ada di kalangan keluarga mereka yang menghantar mereka di KLIA sebelum ke Kabul dengan linangan air mata. Ini mungkin kali terakhir detik bersama orang disayangi.
Saya pun telah berada di sana beberapa kali. Sebaik sahaja menaiki pesawat untuk balik ke Dubai, ikatan hati yang terjerut dengan ketakutan akan terlepas bebas. Darah & oksigen mengalir laju.
Sejak saya belajar di Kuwait, saya sudah mengikui perkembangan Afghanistan khususnya era mujahidin. Pemimpin beberapa golongan mujahidin selalu datang ke Kuwait. Saya dengar ceramah mereka semua. Saya juga ada dua rakan dari Afghanistan yang sama2 belajar di Fakulti Syariah.
Selepas era mujahidin, timbul golongan Taliban yang bermula dengan niat baik bagi membersihkan Afghanistan dari maksiat & korupsi. Gerakan ini diasaskan pelajar2 Syariah (Taliban bermakna pelajar). Mereka mengambil pendekatan senjata melawan kuasa2 barat di Afghanistan seperti dilakukan golongan mujahidin sebelum ini.
Malangnya, mereka juga menggunakan pendekatan senjata kepada rakyat mereka sendiri. Dengan kekuatan hujung senapang, banyak perkara dilakukan atas nama Islam. Keadilan. Larangan golongan wanita belajar. Jihad. Kebebasan rakyat terkongkong. Yang paling teruk, rakyat sentiasa rasa terancam.
Sepanjang saya di sana, saya banyak berinteraksi dengan semua golongan: ulamak, ahli politik, pegawai kerajaan & pihak swasta. Niat baik Taliban telah bertukar menjadi mimpi ngeri. Mereka terlalu sempit minda. Mereka juga ekstrim dalam polisi & tindakan. Jangan kita menilai seseorang melalui pakaian @ slogan @ laungan.
Adakah anda ingin hidup dalam keadaan di mana semuanya dipimpin secara 'fear' & arbitrari? Islam lebih tinggi dari cara kepimpinan ini.
MDB